Thursday, March 13, 2014

Lembaran Kerja Huruf Sombong Jawi :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Murid2 kita semuanya tak sama..ada yang cepat dapat..ada yang slow sangat tetapi dapat juga akhirnya..Semuanya bergantung kepada kesabaran guru dan murid tersebut dalam PdP..Justeru, tiada istilah seseorang anak didik kita itu tak pandai atau tak cerdik..Murid sebegini perlukan tahap keprihatinan guru yang sangat tinggi..

Untuk memahamkan seseorang murid yang lemah, memerlukan pelbagai kaedah, aktiviti yang menarik perhatian mereka.. Sebagai contoh, anak murid saya tahun 1 dikategorikan murid yang sederhana..Langsung tidak pernah kenal huruf-huruf hijaiyyah..Saya dapat tahu dia seorang yang sangat suka mewarna dan tertarik dengan sesuatu yang warna warni.. jadi inilah lembaran kerja yang sesuai dengan dia..Alhamdulillah..selepas PdP, apabila ditanya semula, dia ingat 1 persatu.. :)

Muhammad Iskandar yang sangat suka dengan warna :)

So, sahabat2 yang nak lembaran kerja ni, bolehlah mendownloadnya di link berikut  dan boleh edit kalau nak tambah apa2.. :) Selamat mendownload..& Semoga ianya bermanfaat ^_^

Lembaran Kerja Huruf Sombong

.:: Ilmu Takkan Habis Walaupun Dikongsi ::.

No comments:

Post a Comment