Wednesday, August 27, 2014

Bacaan Tahiyyat Awal & Akhir ( Jawi )

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Hari ni saya nak share bacaan tahiyat awal dan akhir.. sebab saya cari di internet, semuanya dalam format png atau jpeg..susah nak edit untuk wat bbm atau lembaran kerja untuk murid..Jadi saya mengambil inisiatif untuk taip sendiri...Sahabat2 semua boleh download untuk jadikan bbm atau wat lembaran kerja. 

Selamat mendownload dan semoga ianya bermanfaat ^^.  Klik kat link bawah ye :)


tahiyyat awal akhir jawi, tahiyyat akhir jawi, tahiyyat awal jawi , bacaan tahiyyat awal dan akhir
Bacaan Tahiyyat Awal dan Akhir Jawi



Friday, March 14, 2014

Lembaran Kerja Huruf Bersambung ب & ت

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sememangnya mengajar huruf2 bersambung ni agak sukar untuk memahamkan murid2 dan memerlukan kesabaran guru yang amat tinggi kan? hee


Jawapan mudah untuk menyelesaikan masalah ni, guru tersebut perlu banyakkan latihan supaya murid lebih faham..kalau terangkan dengan air liur, kompem boleh 'luput' ( org sarawak kata pengsan!) :) So , saya nak sharekan antara latihan yang saya buat untuk anak murid saya supaya lebih faham dengan apa yang saya ajar..

Saya hanya sempat upload untuk huruf ba' & ta' sahaja..Lain kali saya upload lagi..insyaAllah..Sahabat2 boleh download di sini dan edit untuk digunakan di dalam PdP masing-masing.. Semoga ianya bermanfaat untuk saya dan anda semua ^__^..



huruf bersambung, latihan huruf bersambung, kedudukan huruf hijaiyyah bersambung, cara menyambung huruf hijaiyyah
Latihan huruf bersambung ( kaedah mewarna ) 

Link untuk download :


Lembaran Pdf : huruf ba' , huruf ta'
Lembaran Docx :huruf ba' , huruf ta'

Selamat mendownload :)

.:: Ilmu Takkan Habis Walaupun Dikongsi ::.

Thursday, March 13, 2014

Lembaran Kerja Huruf Sombong Jawi :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Murid2 kita semuanya tak sama..ada yang cepat dapat..ada yang slow sangat tetapi dapat juga akhirnya..Semuanya bergantung kepada kesabaran guru dan murid tersebut dalam PdP..Justeru, tiada istilah seseorang anak didik kita itu tak pandai atau tak cerdik..Murid sebegini perlukan tahap keprihatinan guru yang sangat tinggi..

Untuk memahamkan seseorang murid yang lemah, memerlukan pelbagai kaedah, aktiviti yang menarik perhatian mereka.. Sebagai contoh, anak murid saya tahun 1 dikategorikan murid yang sederhana..Langsung tidak pernah kenal huruf-huruf hijaiyyah..Saya dapat tahu dia seorang yang sangat suka mewarna dan tertarik dengan sesuatu yang warna warni.. jadi inilah lembaran kerja yang sesuai dengan dia..Alhamdulillah..selepas PdP, apabila ditanya semula, dia ingat 1 persatu.. :)

Muhammad Iskandar yang sangat suka dengan warna :)

So, sahabat2 yang nak lembaran kerja ni, bolehlah mendownloadnya di link berikut  dan boleh edit kalau nak tambah apa2.. :) Selamat mendownload..& Semoga ianya bermanfaat ^_^

Lembaran Kerja Huruf Sombong

.:: Ilmu Takkan Habis Walaupun Dikongsi ::.

Wednesday, March 12, 2014

Kertas Kerja Panitia & Surat2 yang berkaitan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hari ini saya nak share Kertas Kerja Panitia Pendidikan & Surat2 yang berkaitan yang saya dapat daripada sahabat saya Ustazah Nurul Solehah, SK Penghulu Imban.. Kertas kerja ni meliputi aktiviti tahunan yang sedang dan akan dilaksanakan sepanjang tahun..Sahabat semua boleh edit dan masukkan di dalam fail panitia sebagai rancangan aktiviti2 tahunan Pendidikan Islam :)

Oh ya..lupa nak cakap..bagi sekolah yang memerlukan peruntukan kewangan tambahan, anda boleh menggunakan kertas kerja ini untuk memohon bantuan kewangan kepada Baitulmal contohnya.. Segala surat yang berkaitan dengan permohonan peruntukan semuanya telah saya lampirkan bersama..Tinggal sahabat2 semua edit sahaja..Mana tahu ada rezeki anak murid kita..Dapatlah kita guna untuk aktiviti mereka :) Saya sendiri pun memohon bantuan baitulmal Sarawak untuk anak2 didik saya yang comel2 tu.. ^_^ 

contoh kertas kerja panitia pendidikan islam, kertas kerja KBS, Kem bestari solat, surat KBS
Cover Kertas2 Kerja tuu.. :)



Semoga urusan kita semua dipermudahkan..ameen

Ni link untuk download.. Selamat mendownload ye..Semoga ianya bermanfaat :)


.:: Ilmu Takkan Habis Walaupun Dikongsi ::.

Wednesday, March 5, 2014

Iklan penaja sekejap.. :)

Assalamualaikum sahabat2..

Admin ada menjual pakaian2 muslimah dan barangan lain serendah RM 25 sahaja seperti jubah, dress, peplum, baju kurung dan lain-lain lagi.

Untuk sebarang order, dijemput layari facebook kami  https://www.facebook.com/araf.shoppe

Setakat ini, page kami paling murah menjual pakaian2 wanita..

InsyaAllah dijamin puas hati dengn harga yang ditawarkan dan produk yang dibeli.. :)


Thursday, February 27, 2014

Lembaran Kerja Huruf Hijaiyyah Bersambung

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Sahabat-sahabat yang perlukan lembaran kerja huruf hijaiyyah bersambung untuk Pra Sekolah ataupun murid tahun 1, boleh download di sini untuk digunakan di dalam PdP masing-masing.. Semoga ianya bermanfaat untuk saya dan anda semua ^__^..

Huruf Hijaiyyah yang boleh disambung kcuali huruf sombong dan hamzah

Link untuk download :)

.:: Ilmu Takkan Habis Walau Dikongsi ::.

Tuesday, February 25, 2014

Lembaran Kerja Huruf Hijaiyyah Berbaris Atas ( Fathah )

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hari ini saya nak share Lembaran Kerja Huruf Hijaiyyah Berbaris Atas ( Fathah ) yang saya buat sendiri kepada sahabat2 semua untuk digunakan di dalam PdP masing-masing.. Semoga hasil kerja ini menjadi saham akhirat untuk saya dan anda semua.. Ameenn Ya RObb :)

lembaran kerja huruf fathah, huruf hijaiyyah berbaris atas, latihan huruf hijaiyyah, aktiviti pra sekolah, latihan menulis huruf hijaiyyah
Nie la contoh lembaran kerja tuu :)


Link Lembaran Kerja Huruf Hijaiyyah Berbaris Atas ( Fathah ).


Selamat mendownload.. Semoga bermanfaat hendaknya :)

.:: Ilmu Takkan Habis Walau Dikongsi ::.