Thursday, February 27, 2014

Lembaran Kerja Huruf Hijaiyyah Bersambung

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Sahabat-sahabat yang perlukan lembaran kerja huruf hijaiyyah bersambung untuk Pra Sekolah ataupun murid tahun 1, boleh download di sini untuk digunakan di dalam PdP masing-masing.. Semoga ianya bermanfaat untuk saya dan anda semua ^__^..

Huruf Hijaiyyah yang boleh disambung kcuali huruf sombong dan hamzah

Link untuk download :)

.:: Ilmu Takkan Habis Walau Dikongsi ::.

Tuesday, February 25, 2014

Lembaran Kerja Huruf Hijaiyyah Berbaris Atas ( Fathah )

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hari ini saya nak share Lembaran Kerja Huruf Hijaiyyah Berbaris Atas ( Fathah ) yang saya buat sendiri kepada sahabat2 semua untuk digunakan di dalam PdP masing-masing.. Semoga hasil kerja ini menjadi saham akhirat untuk saya dan anda semua.. Ameenn Ya RObb :)

lembaran kerja huruf fathah, huruf hijaiyyah berbaris atas, latihan huruf hijaiyyah, aktiviti pra sekolah, latihan menulis huruf hijaiyyah
Nie la contoh lembaran kerja tuu :)


Link Lembaran Kerja Huruf Hijaiyyah Berbaris Atas ( Fathah ).


Selamat mendownload.. Semoga bermanfaat hendaknya :)

.:: Ilmu Takkan Habis Walau Dikongsi ::.

Monday, January 13, 2014

Rancangan Pengajaran Tahunan 2014 Pendidikan Islam Tahun 4 KSSR, Tahun 5,6 & Agihan Waktu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Maaf sahabat2 semua atas sebab kelewatan saya untuk memasukkan RPT bagi tahun 4-6. Saya tak dapat nak update blog disebabkan hal2 aulawiyyat yang tak dapat dielakkan. 

Berikut adalah link untuk download. Sahabat2 boleh download untuk rujukan dan edit mengikut kesesuaian sahabat2 sekalian ^_^.. Syukran..

Tahun 4 KSSR :

Tahun 5 :

Tahun 6 :

.::Ilmu Takkan Habis Walau Dikongsi::.

Saturday, January 4, 2014

Rancangan Pengajaran Tahunan 2014 Tahun 1-3 & Agihan Waktu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Buat sahabat sekalian terutamanya yang mengajar Pendidikan Islam di SJK , mesti anda pun akan terasa kesukarannya untuk mengagih waktu mengajar, ditambah pula dengan jumlah waktu yang sangat sedikit tetapi jumlah topik atau pelajaran tetap sama dengan SK biasa kan?

Oleh itu, saya ingin share apa yang saya buat sebagai panduan untuk sahabat sekali.. RPT ni terlalu ringkas sekadar ada tajuk. Takde objektif dan standard kandungan/pembelajaran.. Tetapi ianya sekadar garis panduan untuk kita mengajar mengikut silibus dan dapat merancang dengan lebih baik jumlah waktu yang diperuntukkan.. Sahabat semua boleh edit mengikut tahap pencapaian budak ataupun mengikut takwim sekolah. Buat masa sekarang saya hanya sempat buat RPT tahun 1 hingga 3 sahaja. Mungkin esok atau lusa saya akan upload RPT tahun 4-6. 

Contoh RPT tersebut ;

RPT SJK, RPT Pendidikan Islam SJK, RPT ringkas, download rpt, rpt pai 2014, rpt pi 2014, agihan waktu sjk
RPT comey2 je.. hehe


Syukran ^_^.. Selamat mendownload.. Semoga ianya bermanfaat untuk semua. :)

Link untuk download ;





.::Ilmu Takkan Habis Walau Dikongsi::.

Tuesday, November 5, 2013

Karnival Pendidikan Islam Peringkat Selangau 2013 :)


Alhamdulillah.. Alhamdulillah .. Alhamdulillah

" Yeayy!!! Kita Naib Johan Keseluruhan!! " Jerit anak-anak murid kesayangan saya dengan penuh keriangan. 



Sungguh tidak disangka-sangka, murid2 comeey SJK Tong Ah telah membuktikan kemampuan dan kebolehan mereka dalam kesemua kategori pertandingan sekaligus meraih Naib Johan Keseluruhan bagi Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Selangau yang diadakan di SK Sungai Sepiring.


Syabas dan tahniah diatas usaha dan keberanian kamu semua bertanding dalam karnival ini.

Dan ingat, tahun depan, kita mesti rebut Piala Pusingan Johan Keseluruhan daripada SK Penghulu Imban. InsyaAllah..heee ^_^





Budak2 ommeey SJK C Tong Ah :)



.:: Ilmu Takkan Habis Walaupun Dikongsi ::.

Friday, November 1, 2013

LNPT & SKT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Akhir-akhir tahun ni semua mesti sibuk nak isi borang LNPT kan?

Saya ada contoh lampiran borang tu.. Termasuklah Sasaran Kerja Tahunan ( SKT ).

Kalau nak, klik kat link di bawah ni.

Link 1 :Contoh Sasaran Kerja Tahunan ( SKT )

Link 2 : Contoh LNPT


Mana tahu pasni kita pulak akan dapat APC tu..heee insyaAllah.. :)

Selamat mendownload! ^_^ Syukran 
muslimah teacher, cartoon muslimah teacher, kartun ustazah, kartun comel, guru islam terbaik, guru cemerlang
Angan-angan dapat APC.. hee :p


"Ilmu tidak akan habis walaupun dikongsi"

Monday, September 9, 2013

Mari Hafal Sifir Jawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Berikut saya sertakan link untuk sifir jawi. Bukan saya yang cipta sendiri, tetapi saya ada download dari google jugak dan saya upload sekali lagi untuk kegunaan sahabat-sahabat saya dan orang lain juga. Mohon maaf pada empunya sifir jawi sebab dapat nak bagi kredit link sebab dah tak ingat saya download daripada website mana. huhu..  Asif jiddan wa jazakallahu khairan kathir sebab telah mempermudahkan saya dan anak-anak murid saya belajar jawi dengan menggunakan sifir jawi tersebut. Alhamdulillah, murid2 saya dah semakin mahir menguasai jawi. ^__^


Link sifir jawi : Sifir Jawi



Semoga ianya bermanfaat. ^_^

"Ilmu tidak akan habis walaupun dikongsi"