Saturday, August 24, 2013

Penambahbaikan PBS KSSR Sekolah Rendah


Assalamualaikum

Setelah mengikuti kursus2 JU KSSR & PBS bagi Tahun 4 2014 di Kuching, ada perkembangan terkini mengenai penambahbaikan PBS.

1. DSK ( dokumen standard kurikulum ) disatukan dengan DSP ( dokumen standard prestasi ). Maka terhasillah DSKP ( Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran ).

2. Penggunaan BAND ditukarkan kepada TAHAP PENGUASAAN . Lebih detail n mudah untuk guru merekod pencapaian murid.

3. Tiada ujian SETARA di peringkat daerah ataupun negeri.

4. Ujian pertengahan & akhir tahun boleh dilaksanakan di sekolah masing2 sebagai ujian sumatif utk ukur pncapaian murid.

5. Ujian2 lain diperingkat sekolah seperti ujian bulanan tidak perlu dijalankan. ( terpulang pada pihak sekolah ).

6. Guru tidak perlu fikirkan tentang EVIDENS & DESKRIPTOR kerana DSP telah dimansuhkan. So, Menurut pengasas PBS, DR. Khodori, sepatutnya Deskriptor dtg slps evidens, bukan evidens dtg selepas deskriptor.

7. Paling best, guru tidak perlu lagi ONLINE utk rekod PBS murid, hanya guna sistem OFFLINE dlm bentuk excel dan digunakan sbg rujukan guru shj untk mlaporkan pkmbgan murid kpd ibu bapa . ( mungkin akan diminta hantar ke PPD atau JPN tapi benda ni blm muktamad ).

8. Tak perlu lagi fail showcase utk simpan evidens terbaik murid.

Tapi..

Pelaksanaan DSKP ni hanya utk tahun 4 2014 shj kerana DSKP tahun 1-3 belum dibuat kerana kesuntukan masa oleh BPK. Kemungkinan tahun 1-3 seperti PBS biasa sekiranya pihak BPK masih tidak menggubal DSKP tahun 1-3 tahun depan.

Mungkin PBS di peringkat sekolah menengah juga akan ada perubahan sebegini kerana ini daripada BPK.

Boleh rujuk JU daerah atau negeri masing2 ( sek ren & sek men ) utk kursus KSSR & PBS akan dtg tak lama lagi. Syukran 

Friday, August 23, 2013

Bilik Agama SJK C Tong Ah

Setelah sekian lama murid-murid Islam belajar Pendidikan Islam di merata-rata tempat seperti bilik SPBT, dapur sekolah, pentas skolah dan sebagainya , akhirnya dapat juga merasai nikmat belajar di bilik agama sendiri. Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran di rafa'kan kepada Allah Taala kerana memberi nikmat yang tak terhingga ini.

Syukran jazilan diucapkan kepada Guru Besar SJK C Tong Ah, Madam Pek Hui Hong , Penolong2 Kanan Madam Khoo Heng Chuo ,  Encik Lim Swee Ming kerana bekerja keras memastikan murid-murid Islam mempunyai bilik belajar sendiri. Tanpa jasa baik mereka, pasti bilik agama tidak akan wujud. 

Gambar bilik Agama Islam SJK C Tong Ah yang masih dalam pembikinan.







bilik jqaf terbaik,hiasan bilik jqaf, bilik jqaf tercantik,bilik jqaf cemerlang,bilik agama,dekorasi bilik agama,hiasan bilik agama,bilik simple,bilik darjah ,bilik darjah cantik, hiasan dinding , hiasan mural,hiasan wording, sifat 20 Allah,


Thursday, August 1, 2013

Huraian Eviden KSSR Tahun 1-3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Kepada semua sahabat GPI Sekolah Rendah, anda jangan pening-pening nak tanda evidens dalam PBS online. Saya dah sediakan huraian evidens bagi memudahkan kita semua menanda evidens dalam PBS online mahupun rekod transit. Semoga bermanfaat.

Anda cuma mendownloadnya di link yang saya sediakan di bawah ini. ^_^

Tahun 1 :Huraian Evidens Tahun 1 Pendidikan Islam

Tahun 2 :Huraian Evidens Tahun 2 Pendidikan Islam

Tahun 3 : Huraian evidens Tahun 3 Pendidikan Islam

P/S kalau ada kesilapan, mohon komen dan sama-sama kita perbaiki. Kalau nak edit sendiri pon boleh..hee.. Syukran.^^,

"ilmu takkan habis walaupun dikongsi"


Jadual Huruf Hijaiyyah Bersambung

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


 Saya nak share kepada semua jadual huruf hijaiyyah bersambung. Sebenarnya saya ambil di internet juga. Bezanya saya edit semula supaya ianya nampak kemas dan warna warni. Anak-anak murid kita kan suka yang benda yang warna warni. Jadi, kita sebagai guru mesti mengambil berat terhadap kaedah dan cara menarik perhatian mereka supaya mereka dapat belajar dengan seronok dan gembira lebih- lebih lagi dalam pembelajaran huruf-huruf hijaiyyah. 

Ok.. nie dia jadual yang diperkatakan. ^_^


huruf bersambung, kaedah menyambung huruf jawi, kaedah menyambung huruf hijaiyyah, cara cepat menyambung huruf, huruf jawi sombong, kaedah avuzarzad, kaedah cepat jawi, seronok belajar jawi, jawi senang, huruf yang tidak boleh bersambung, huruf vokal jawi
.Anda boleh mendownloadnya di link yang saya sediakan di bawah ini. Selamat mendownload dan semoga ianya bermanfaat. ^_^

Link : Jadual Huruf Hijaiyyah Bersambung

"Ilmu takkan habis walaupun dikongsi"

Kad Ajaib Jawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Di sini saya sertakan kad ajaib jawi yang telah saya reka untuk memudahkan anak-anak kita belajar jawi dengan cepat dan pantas

Ni contoh kadnya


jawi mudah, belajar jawi cepat, huruf rumi dalam jawi, jawi ringkas, jawi, jawi melayu, huruf diftong,huruf vokal jawi, huruf konsonan jawi, imbuhan awal jawi, kaedah jawi, teknik jawi, pendekatan jawi


.Anda boleh mendownloadnya di link yang saya sediakan di bawah ini. Selamat mendownload dan semoga ianya bermanfaat. ^_^

Link : Kad Ajaib Jawi